Farizul Syamil
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Pagi ini, saya ada menerima berita sedih dari adik saya, Firhad. Encik Yusof telah meninggal dunia pada jam 8.05 pagi tadi. Begitulah bunyi mesej yang dikirimkan melalui Facebook. Arwah merupakan jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Saya memang telah maklum bahawa arwah menghidap penyakit barah hati yang telah merebak ke paru-paru. Hari ini, ajal arwah telah tiba. Innalillahiwainnailaihirajiu'n. 10 tahun lepas, Encik Ahmad (jiran saya juga) meninggal dunia akibat kanser. Abah juga pernah menghidap kanser tapi alhamdulillah kini kesihatan abah semakin bertambah baik.



Sebenarnya saya tidak berniat untuk menulis mengenai penyakit kanser. Seperti yang kita sedia maklum, sehingga ke hari ini masih belum ada rawatan khusus untuk kanser. Cuma rawatan chemotherapy dan pembedahan yang disarankan oleh pihak hospital. Berbalik kepada topik asal kita kali ini, penyakit itu bukanlah satu kemestian untuk kematian tetapi cumalah satu asbab untuk menerangkan suatu kematian itu. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.  Itu adalah janji Allah. Kita juga sering mendengar bahawa tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati. Penyakit-penyakit kronik seperti AIDS, kanser, hepatitis C walaupun masih belum dijumpai kaedah rawatan yang khusus, tetapi telah ramai pesakit yang berjaya sembuh atas izin Allah. Ubat yang paling mujarab adalah yakin sepenuh hati dan doa kepada yang Maha Esa dengan mengharapkan kesembuhan. 
Ajal itu adalah urusan Allah. Tidak akan cepat atau lambat walau sedetik. "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Qs. Al-Manafiqun : 11)
Saya mahu berkongsi sesuatu dengan para pembaca sekalian. Apabila bercakap mengenai sakit dan kematian, saya teringat kisah nabi-nabi dan para sahabat. Kisah Nabi Ayub, ketika dinasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s. diuji dengan pelbagai penyakit), baginda menjawab, "biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada ku. Aku malu untuk minta sembuh..." Kisah Nabi Daud a.s pula, ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah (bukan bertujuan untuk mencabut nyawa baginda), telah berkata Nabi Daud a.s kepada Izrail, "Boleh tidak engkau mencabut nyawaku sekarang? Aku ingin merasai penderitaan maut! " 
Berkata pula Saidina Abu Bakar r.a ketika terlanggar tunggul sehingga kakinya berdarah, "Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada sakit yang menimpaku seolah-olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa. Tapi alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku." Kata Saidina Khalid r.a pula selaku 'pedang Allah' ketika balik dari medan peperangan, " Hati ini ingin sekali mati di jalan Mu ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan syurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati syahid di jalan Mu ya Allah." 
Bagi para nabi dan para sahabat, mereka sangat-sangat menginginkan mati kerana mereka sedar yang dunia ini cuma sementara. Saya juga teringat kisah-kisah para laknatullah yang biasa kita dengar dari ceramah-ceramah. Apabila ditanya kepada iblis akan permintaannya yang terakhir sebelum dihalau dari syurga, iblis menjawab, "Aku mahu umur yang panjang sehingga hari kiamat! " dan Allah memperkenankan permintaannya itu. Firaun pula kita sedia maklum bahawa dia tidak pernah jatuh sakit sehinggakan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Mari kita sama-sama renungkan hadis rasulullah s.a.w. ini.
"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu."Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)
Saya lebih suka untuk menyatakan penyakit umat akhir zaman kini ialah cintakan dunia dan bencikan mati. Hal ini kerana apabila seseorang itu berasa takut akan mati maka dia akan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi kematian itu tetapi jika dia bencikan mati, tentu dia telah lalai dengan godaan dunia. Di sini saya bukanlah untuk mengatakan bahawa kita dilarang untuk memohon supaya di panjangkan umur. Kita sebenarnya digalakkan untuk berdoa supaya sihat tubuh badan dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki agar kita mudah untuk mencari keredhaan Allah dan beribadah kepadanya. Para nabi dan sahabat sudah dapat merasai nikmat cinta Allah dan mereka sudah tidak sabar untuk bertemu Allah. Tetapi kita? Adakah kita telah dapat cinta Allah? Adakah kita sudah sedia untuk menghadapi sakaratul maut? Cukupkah bekalan kita? Sungguh ya Allah, aku yang menulis ini belum siap untuk menghadapi takdir kematian ku. 


“Teruslah mengingat mati, karena hal tersebut akan melupakan kamu akan kesenangan dunia.” [Hadis riwayat At-Tirmidzi]


Allah berfirman:
“Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.”[An-Nisaa, 4:77-78]
Penyakit Akhir Zaman. Cinta Dunia Benci Mati. Sungguh, pembaca sekalian.. sedar tidak sedar penyakit ini sedang melanda kita semuanya dan menjadikan manusia begitu mencintai dunia, begitu mencintai TAKHTA, HARTA dan WANITA  bahkan terlebih mencintai diri sendiri. Manusia yang diliputi oleh keegoan. Sungguh menyedihkan semua yang dikhawatirkan Baginda Rasul saat ini sudah terjadi. Berkata memang semudah membalikan telapak tangan, dengan mudah berkata saya tidak mencintai dunia, saya tidak memiliki dunia, saya adalah makhluk lemah tiada berdaya upaya. Tetapi sesungguhnya tanpa perjalanan spiritual batiniah semua hanya bohong belaka. Maka sekali lagi marilah kita semua mulai menghidupkan malam dalam tangis sujud syukur nikmat serta penyerahan diri kepadaNYA dan mulai mengatur kehidupan batin kita. Mulai belajar mancintai ALLAH sebagai SEGALANYA dalam HIDUP.. menjadikan ALLAH RAJA dalam DIRI kita semuanya. Sebelum mengakhiri coretan kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tanda-tanda ajal semakin hampir. 

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu 
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu 
di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda akhir 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 
Wallahualam.


Farizul Syamil
Bismillahirrahmanirrahim...

Al Masih Dajjal maksudnya menyesatkan. Ketika dunia hampir dengan kiamat yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia ataupun mengkafirkannya. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali dia  mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk membunuh Dajjal itu.
    Dajjal memang banyak membawa fitnah dan keburukan, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa al masih Dajjal". (Riwayat Hakim)     Mengenai asal Dajjal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut satu pendapat, Dajjal dari golongan jin iaitu termasuk cucu iblis. Menurut pendapat yang lain pula Dajjal adalah dari jenis manusia iaitu cucu Adam as.. Pendapat yang lain mengatakan ayahnya manusia sedangkan ibunya adalah jin. Sebenarnya Dajjal adalah syaitan, samada ia dari jenis manusia, dari jin ataupun campuran dari keduanya. Dajjal akan turun di akhir zaman, tidak pasti apakah Dajjal itu sudah lama wujud atau hanya akan lahir di akhir zaman yang dijanjikan tersebut.

    
Untuk mengetahui ciri-ciri Dajjal secara lebih terperinci maka Rasulullah SAW telah menerangkannya dalam khutbah baginda sebagai berikut: "Sesungguhnya tidak ada fitnah atau kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi angkatan kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. "    "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Disini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. "    "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudahku. Setelah itu nanti ia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun buta huruf. "    "Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya hendaklah ia meminta pertolngan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. "    "Diantara tipu dayanya juga dia berkata kepada orang Arab: 'Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagau tuhanmu ?'. Orang Arab itu akan berkata: "Tentu". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya, sifat-sifatnya dan suaranya sama. Kemudian ibu bapanya berkata kepadanya: 'Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dialah tuhanmu'. "   " Tipu daya Dajjal yang lain iaitu ia bunuh seseorang kemudian dibelah dua. Setelah dia katakan kepada orang ramai: 'Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.' Dengan izin Allah, orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal itu bertanya: 'Siapa tuhanmu?'. Orang yang dibunuh itu kebetulan orang beriman menjawab: 'Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah'. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga. "     Sabda Rasulullah SAW lagi: "Diantara tipu daya Dajjal juga, apabila disuruh langit menurunkan hujan, tiba-tiba hujanpun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling hebat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikian tanaman-tanaman mereka semuanya musnah. "   " Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. "     Dalam hadis yang lain disebutkan: "Dari Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda: 'Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta yang dipercayai dan orang jujur yang tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai '.     Wallahu A'lam.



Farizul Syamil
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
InsyaAllah, entri kali ini ana mahu kongsi sedikit perihal doa. Sebagai seorang muslim, seorang anak, seorang pelajar, dan apa jua pekerjaan kita, doa adalah senjata utama dalam kehidupan kita. Usaha yang dijalankan oleh manusia hanyalah asbab semata-mata, namun keputusannya adalah di dalam genggaman Allah s.w.t. Kita hanya merancang dan yang menentukannya adalah Tuhan. Di samping usaha seharian yang kita lakukan, kita sebagai hamba Allah digalakkan berdoa kepadaNya lantaran Dialah yang mengabulkan segala permintaan dan mentakdirkan segalanya berlaku. 








*Doa-doa yang makbul:-
1. Orang yang terdesak. 
2. Orang yang teraniaya/dizalimi. 
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya. 
4. Doa seorang Muslim yang tidak memutuskan silaturrahim. 
5. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim. 






*Tanda-tanda doa yang makbul:- 
1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 
2. Menangis tatkala berdoa. 
3. Terasa menggeletar. 
*Cara-cara berdoa:- 
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dsbnya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & tidak menerima melainkan yang baik belaka. 
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w & para sahabat. 
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dsbnya). 
Wallahua'lam.