Farizul Syamil
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
InsyaAllah, entri kali ini ana mahu kongsi sedikit perihal doa. Sebagai seorang muslim, seorang anak, seorang pelajar, dan apa jua pekerjaan kita, doa adalah senjata utama dalam kehidupan kita. Usaha yang dijalankan oleh manusia hanyalah asbab semata-mata, namun keputusannya adalah di dalam genggaman Allah s.w.t. Kita hanya merancang dan yang menentukannya adalah Tuhan. Di samping usaha seharian yang kita lakukan, kita sebagai hamba Allah digalakkan berdoa kepadaNya lantaran Dialah yang mengabulkan segala permintaan dan mentakdirkan segalanya berlaku. 








*Doa-doa yang makbul:-
1. Orang yang terdesak. 
2. Orang yang teraniaya/dizalimi. 
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya. 
4. Doa seorang Muslim yang tidak memutuskan silaturrahim. 
5. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim. 






*Tanda-tanda doa yang makbul:- 
1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 
2. Menangis tatkala berdoa. 
3. Terasa menggeletar. 
*Cara-cara berdoa:- 
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dsbnya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & tidak menerima melainkan yang baik belaka. 
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w & para sahabat. 
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dsbnya). 
Wallahua'lam.
0 Responses