Bismillahirrahmanirrahim...
Merujuk kepada tajuk entry kali ini, tentunya membuatkan hati pembaca tertanya-tanya maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebenarnya, hati ini tiba-tiba tergerak untuk menulis perihal tunang ini selepas menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih' . Terlebih dahulu mari kita tinjau dan selami erti perkataan 'tunang'.
Merujuk kepada tajuk entry kali ini, tentunya membuatkan hati pembaca tertanya-tanya maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Sebenarnya, hati ini tiba-tiba tergerak untuk menulis perihal tunang ini selepas menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih' . Terlebih dahulu mari kita tinjau dan selami erti perkataan 'tunang'.
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada nikah atau kahwin. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
Adapun bahasa yang paling mudah untuk menterjemah perkataan melamar ini ialah 'to reserve' or 'booking'.
Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Jadi jelaslah di sini bahawa cara terbaik untuk 'reserve' teman hidup adalah melalui pertunangan.
Bertunang ini sememangnya perkara yang sangat popular dalam kalangan pelajar-pelajar pengajian tinggi hari ini. Maklumlah, umur kita semakin lama semakin meningkat dewasa dan keinginan untuk berumah tangga semakin hari semakin menebal selari dengan peningkatan tahap kematangan diri. Mengikut adat budaya orang Melayu, sebelum bernikah, eloklah jika bertunang dahulu. Hal ini kerana hukum bertunang ini adalah harus tetapi Imam As-Syafie mengatakan hukumnya adalah sunat. Rasulallah juga menggalakkan pertunangan.
Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ".
Ramai pelajar yang sedang menuntut di IPT, yang ingin bertunang (booking) dengan beranggapan bahawa takut kehilangan seseorang yang sudah dirasakan sesuai untuk menjadi penyeri hidup. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai persoalan antaranya apakah hukum bertunang semasa diri kita belum terlintas untuk berkahwin apatah lagi tidak termampu utk berkahwin, lebih-lebih lagi sekiranya kita masih belajar dan belum bekerja?? (sila rujuk penjelasan di bawah)
Terdapat juga segelintir masyarakat yang menggunakan istilah couple sebagai pra-tunang (topik ini akan dikupas di entry akan datang). Cukuplah sekadar diwartakan sedikit bahawa ber'couple' itu tidak sama dengan bertunang ataupun boleh juga dijelaskan bahawa istilah pra-tunang itu sebenarnya rekaan semata-mata.
Jadi apa beza tunang dengan ber'couple'?? (minta pembaca sekalian memberikan pandangan)
Bagi pendapat saya, ber'couple' itu lebih kepada berfoya-foya dan tidak serius sedangkan apabila seseorang itu bertunang, menandakan beliau sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan. Bertunang adalah suatu ikatan yang mempunyai tempoh tertentu. Tempoh masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama. Biasanya, tempoh yang paling lama pun adalah selama satu tahun.
Mengapa ber'couple', bermaksud belum bersedia untuk berkahwin??
Jawapannya sangat mudah. Kalau betul sudah bersedia untuk berkahwin, kenapa tidak terus bertunang.. Jadi jelaslah bahawa banyak perbezaan antara ber'couple' dan bertunang. Saya mengutarakan persoalan ini adalah kerana ramai di antara kita yang berkata 'couple' itu sama sahaja dengan bertunang. Kedua-duanya bertujuan untuk mengenali hati budi. Ya, memang betul. Tetapi seharusnya kita menggunakan saluran yang lebih betul untuk mengenali hati pasangan iaitu dengan mengikat tali pertunangan.
Wajarkah bertunang ketika belajar??
Kita ambil konsep belajar di sini sebagai 'sedang menuntut di institusi pengajian tinggi' kerana mengikut logik akalnya, tidak mungkin wajar untuk kanak-kanak sekolah rendah bertunang. Jawapannya sangat mudah. Wajar bertunang bagi mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin. Tepuk dada tanyalah hati. Sejauh manakah kesediaan kita memikul tanggungjawab. Jadi jawapan kepada persoalan hukum bertunang ketika belajar seperti yang dinyatakan di atas, hukumnya tidaklah haram kerana bertunang itu sendiri hukumnya sunat. Jadi, boleh bertunang tetapi buatlah pertimbangan rasional dengan menggunakan akal dan bukannya nafsu apabila membuat keputusan.
Sesungguhnya bertunang tidak menghalalkan pasangan itu untuk keluar berdua-duaan, melancong dan seerti dengannya kecuali bersama-sama tunang (wanita) itu ada salah seorang mahramnya.
Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".
Kesimpulannya, bertunanglah apabila telah bersedia. Bagi mereka yang merasakan masih belum bersedia, Rasulallah telah memberikan jawapannya 1400 tahun yang lampau.
Dari Ibn Mas’ood RA: (sabda saw)
“Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia kahwin, kerana kawin itu lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu kahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya.” [HR Bukhari dan Muslim]
Sekian~