Farizul Syamil
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Topik kali ini, saya mahu mengupas mengenai perasaan cinta kepada sahabat karib yang berlawanan jantina. Hati saya tergerak untuk menulis tentang cinta yang satu ini selepas membaca status seorang kenalan di Facebook yang mana beliau mengeluarkan status "Sekali berkawan,selamanya kita berkawan. Sampai bila-bila kita tidak mungkin boleh menjadi pasangan kekasih". Tambahan pula, semalam saya diajukan soalan dari seorang sahabat yang ingin tahu tanda-tanda samada seorang perempuan itu suka pada kita atau cuma suka berkawan dengan kita.

 Baiklah, perasaan suka kepada seseorang itu secara automatik akan timbul apabila terdapat sesuatu yang menyenangkan hati, misalnya kerana peribadinya yang luhur, fizikalnya yang cantik, seronok diajak bicara dan lain-lain. Dan sudah tentu seorang sahabat karib itu adalah seorang yang selalu menyenangkan hati kita. Kalau tidak, bukanlah sahabat karib namanya. Sebenarnya istilah cinta pandang pertama itu tidak tepat kerana perasaan yang lahir ketika pandang pertama itu bukanlah cinta, tetapi suka. Perasaan suka itu adalah lebih kepada rasa gembira manakala cinta itu pula boleh didefinisikan sebagai sayang. Masakan kita boleh tiba-tiba sayang kepada orang yang pertama kali kita melihatnya? Kedua-dua elemen perasaan (suka dan cinta) ini penting dalam menjalani bahtera rumah tangga. 

Secara umumnya, kita semua kenal benar dengan perangai sahabat-sahabat kita. Hal ini kerana seorang sahabat itu akan menunjukkan imejnya yang sebenar, perwatakannya asli dan tidak berpura-pura. Lanjutan dari itu, kita boleh tahu segala kegemaran dan semua perkara yang tidak disukai oleh sahabat kita. Dewasa ini, banyak kes perceraian berlaku dengan alasan sudah tiada persefahaman. Perkara ini terjadi kerana mereka bercinta sebelum berkahwin dengan harapan dapat menyukai sifat pasangan sesudah hidup bersama. Semasa bercinta (sebelum nikah) segalanya indah. Angin kentut pun menjadi nyaman dan harum. Ucapan 'i love you' tidak pernah lekang. Tetapi apabila sudah lama berkahwin, lain pula jadinya. Kentut yang dulunya nyaman menjadi benda yang meloyakan. 'I love you' sudah tidak dapat membuat jantung berdegup kencang dek kerana sudah bosan ditambah lagi dengan peribadi yang sudah berubah. Dahulunya dia seorang yang penyayang, tapi kini menjadi panas baran. Pantang ada silap, cepat sahaja si dia melenting. Dahulu dia seorang yang suka membantu, tapi kini menjadi seorang yang suka mengarah. Banyak contoh perubahan sikap yang boleh kita lihat dalam masyarakat kita.

Dalam loghat Negeri Sembilan, suami atau isteri dipanggil 'kawan'. Contohnya, "mano kawan kau?" yang membawa maksud (mana isteri/suami anda). Ada sebabnya isteri/suami itu dipanggil kawan. Kawan itu adalah teman. Teman itu adalah seseorang yang sanggup bersama kita ketika susah dan senang. Pada pendapat saya, berkahwin dengan sahabat itu adalah lebih baik. Bersahabat sebelum kahwin dan bercinta (jatuh sayang) selepas kahwin. Inilah yang dipanggil keseronokan selepas berumah tangga. Bukannya bercinta sepuas hati sebelum kahwin. Perasaan sayang itu akan tumbuh dengan mekar setelah saling mengenali pasangan yang dulunya merupakan sahabat.

Akhir kata, dalam perkahwinan kita perlulah seperti bermain layang-layang. Apabila angin bertiup kuat, kita lepaskan tali sedikit demi sedikit. Apabila tiada angin, kita kawal supaya ia sentiasa di angkasa. Janganlah seperti bermain permainan tarik tali. Kedua-dua belah pihak mahu menang dan tidak mahu beralah dan akhirnya sebelah pihak rebah dan kalah. Cinta itu janganlah dilakukan seperti bola sepak. Berebut untuk di dapatkan tetapi ditendang kuat bila berpeluang untuk gol. Tetapi haruslah seperti bola ragbi. Berebut untuk didapatkan. Setelah dapat, dipeluk kemas dan tidak dilepaskan walau diasak ganas. 

Perkahwinan itu bukanlah bersifat sementara kerana benda halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian. Rasulullah pernah menegaskan dalam hadisnya yang maksudnya: “Perbuatan halal yang sangat-sangat dimurkai Allah ialah talak (perceraian).” Manakala Allah SWT pula ada berfirman yang maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (an-Nisa’: 19)
Sekian...

7 Responses
  1. perkongsian yg menarik...
    terima kasih


  2. terima kasih...
    selamat membaca~


  3. FaizydahErma Says:

    nice.. ;)
    mmg bercinta dgn sahabat tu lg baek.
    coz kite xhipokrit, die pun x..
    ak pun ade niat cm 2..
    tp xjumpe lg.. hu3


  4. betul tu...
    tapi x ramai antara kita yg sedar hakikat ini...
    ramai org pikir, kalau da kawan, x sesuai untuk kahwen...huhuhu


  5. FaizydahErma Says:

    btul la 2..
    aku sokong..


  6. nur sakinah Says:

    salam'alayk.
    menarik...tak pernah terfikir...
    teruskan menulis, smga bermanfaat.


  7. alaikumussalam~
    terima kasih...
    saya tidak akan berhenti menulis...
    salah silap sila tegur, dan bersama kita berkongsi pendapat...insyaAllah~